Tuesday, 7 April 2020

PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH


SEJARAH ISLAM TINGKATAN 6 STPM SEMESTER 2

PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH

PENDAHULUAN
  • Berasal daripada perkataan arab iaiatu TANZIM yang bermaksud mengatur dan memperbaharui
  • Dilakukan pada zaman uthmaniyah selepas perang crimea


ISI

1) PELAKSANAAN TANZIMAT
  • Bertujuan untuk memperbaiki kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran
  • Supaya golongan kristian tidak mencari naungan dan perlinduangan daripada kuasa eropah seperti Rusia, Britain dan Perancis
  • Menyatupadukan semua golongan dibawah satu pentadbiran


2) PERANAN DAN TINDAKAN SULTAN MAHMUD
  • Melakukan pembaharuan bidang pendidikan dan ketenteraan
  • Menghapuskan tentera janisari
  • Tentera baharu iaitu NIZAM-I CADID ditubuhkan
  • Menubuhkan sekolah tentera untuk memberi latihan ketenteraan kepada pegawai-pegawai
  • Madrasah dan teknik perubatan diwujudkan sebagai reformasi pendidikan


3) PIAGAM HATT-I SHARIF GULANE
  • Menekankan hak yang sama kepada warganegara
  • Jaminan keselamatan nyawa, harta dan kehormatan
  • Mahkamah sivil dan undang-undang jenayah dan perdagangan diwujudkan
  • Cukai yang dipungut diagihkan jepada rakyat dan menjadi kegunaan negara
  • Pemilihan tentera secara terancang 

4) PIAGAM HAT- I HUMAYUN
  • Mengesahkan segala janji dalam HATT-I SHARIF GULHANE
  • Menghapuskan diskriminasi
  • Jaminan kebebasan beragama
  • Menubuhkan bank asing
  • Modal dari eropah masuk dan wujudnya undang-undang perdagangan
  • Menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik


Monday, 6 April 2020

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ YANG DIANGGAP SEBAGAI KHALIFAH ARRASYIDIN KELIMA

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ YANG DIANGGAP SEBAGAI KHALIFAH ARRASYIDIN KELIMA

1) MENJADIKAN ALQURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI ASAS
  • menasihati gabenor supaya menjalankan tugas dengan manah dan berdasarkan al-Quran dan hadis
  • mementingkan prinsip al-adalah iaitu keadilan
  • memecat pegawai yang menindas rakyat dan menjalankan tugasan yang bertentangan dengan syarak
2) MENGHIDUPKAN SEMULA MAJLIS SYURA
  • membuka peluang kepada rakyat untuk berbincang, mengeluarkan pendapat dan memilih pemimpin
  • dilakukan secara mesyuarat bagi setiap usul yang dikemukakan
  • sebelum ini: berlaku pemusatan kuasa
  • pentadbiran Umar Abdul Aziz: Majlis Syura
3) MEMULIHKAN INSTITUSI BAITULMAL
  • baitulmal menyimpan harta kerajaan
  • setiap harta dan kekayaan adalah milik Allah dan amanah Allah kepada hambaNya untuk menguruskannya
  • Umar Abdul Aziz menyerahkan harta dan barang kemas isterinya untuk dijadikan sumber baitulmal
  • pengurusan baitulmal dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
  • kutipan cukai (jizyah,kharaj)
4) MENINGKATKAN KEBAJIKAN SOSIAL
  • menyediakan prasarana awam
  • jalan raya yang menghubungkan Khurasan dan Mekah dibina
  • rumah kebajikan dan hospital turut dibina
  • rumah ibadat dibina
5) MENITIKBERATKAN DAKWAH ISLAMIYYAH
  • menghantar guru agama untuk mengajar di wilayah islam
  • agama dititiberatkan untuk menghapus kezaliman
  • pemerintahan yang adil telah menarik ramai rakyat untuk memeluk agama islam
  • utusan dakwah turut dihantar ke negara bukan islam untuk mengembangkan agama islam

Sunday, 5 April 2020

SUMBANGAN IBNU MAJID

JELASKAN SUMBANGAN IBNU MAJID

1) PENULISAN KARYA


  • Menghasilkan KITAB AL-FAWAID
  • Kitab tersebut menjelaskan tentang jarum magnet, kompas, laluan laut hindi
  • Turut menceritakan tentang 10 buah pulau yang ditemui termasuklah Pulau Jawa
  • Ibnu Majid turut menghasilkan KITAB QADIMAH MAKIYYAH yang menceritakan tentang laut merah


2) PELAYARAN


  • Ibnu Majid telah berjaya menyelesaikan masalah kekeliruan nama laut
  • Beliau memberi gambaran yang jelas mengenai penemuannya termasuklah tentang Teluk Parsi
  • Penemuan Ibnu Majid telah menjadi panduan kepada para pelayar
  • Mencipta beberapa alat yang membantu pelayaran, contohnya kompas
  • Ibnu majid juga menjelaskan tentang tanda-tanda sesebuah kapal akan menghampiri darat

3) PENGEMBARAAN


  • Ibnu Majid telah mahir di kawasan Laut Merah dan Laut Hindi semasa berumur 17 tahun lagi
  • Berjaya mencipta kompas dan peta
  • Menjelajahi Laut Merah ke Selatan lalu ke Laut Tengah
  • Melakukan pelayaran bersama Vasco Da Gama ke India dan Benua Afrika

4) GEOGRAFI


  • Ibnu Majid menjelaskan kawasan laut secara terperinci seperti Laut Arab, Laut Hindi dan Selat Melaka
  • Beliau mengkaji bentuk muka bumi di kawasan tertentu
  • Beliau mengemukakan teori bahawa haba dan sinar matahari mempengaruhi pasang dan surut air
  • Mengemukakan konsep cuaca





SUMBANGAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ


 1) Terangkan sumbangan yang diberikan oleh Saidina Abu Bakar selama tempoh pemerintahan Khulafa Arrasyidin



i) Meneruskan gerakan ketenteraan


  • Meneruskan gerakan ketenteraan Nabi Muhammad SAW
  • Namun, para sahabat tidak begitu mempersetujuinya kerana adanya tentangan dan ancaman daripada golongan AR-RIDDAH
  • Saidina Abu Bakar tetap meneruskan ketenteraan dan berperang selama 40 hari
  • Umat islam memenangi peperangan


ii) Menentang gerakan AL-RIDDAH

  • Golongan AL-RIDDAH terdiri daripada golongan yang enggan membayar zakat, nabi palsu dan murtad
  •  Saidina Abu Bakar menghantar utusan kepada ketua kumpulan golongan tersebut agar kembali ke pangkal jalan, namun gagak
  • Tindakan ketenteraan diambil dan berlakunya peperangan iaitu PERANG ARRIDDAH.
  • Sebanyak 11 buah pasukan ketenteraan dibentuk dan diketuai oleh panglima islam antaranya Khalid Al Walid
  • Ketenteraan islam memenangi peperangan
  • Golongan AR-RIDDAH kembali kepada pangkuan islam
ii    iii) Penulisan al-Quran

  • Ramai huffaz telah mati syahid akibat perang AR-RIDDAH
  • Para sahabat bimbang ayat-ayat al-Quran akan semakin dilupakan, dan diseleweng  lalu       memberi cadangan penulisan al-Quran kepada Abu Bakar
  • Abu Bakar mempersetujui cadangan para sahabat
  • Penulisan al-Quran dipertanggungjawabkan kepada Zaid bin Thabit
i     iv) Menentukan bakal khalifah -
  •        Mengadakan rundingan bersama sahabat utk menentukan khalifah arrasyidin yang seterusnya
  •        Rundingan dilakukan semasa sedang sakit
  • Abu Bakar mencadangkan nama Umar Al- Khattab sebagai khalifah seterusnya namun mendapat tentangan sahabat
  • Umar Al Khattab tetap dilantik menjadi khalifah kerana Abu Bakar telah mengarahkan Uthman bin Affan untuk menulis wasiat bahawa Umar merupakan khalifah yg kedua
  • Umar Al Khattab menjadi penggani Abu Bakar As-Siddiq





PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH

SEJARAH ISLAM TINGKATAN 6 STPM SEMESTER 2 PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH PENDAHULUAN Berasal daripada per...