Sunday, 5 April 2020

SUMBANGAN IBNU MAJID

JELASKAN SUMBANGAN IBNU MAJID

1) PENULISAN KARYA


  • Menghasilkan KITAB AL-FAWAID
  • Kitab tersebut menjelaskan tentang jarum magnet, kompas, laluan laut hindi
  • Turut menceritakan tentang 10 buah pulau yang ditemui termasuklah Pulau Jawa
  • Ibnu Majid turut menghasilkan KITAB QADIMAH MAKIYYAH yang menceritakan tentang laut merah


2) PELAYARAN


  • Ibnu Majid telah berjaya menyelesaikan masalah kekeliruan nama laut
  • Beliau memberi gambaran yang jelas mengenai penemuannya termasuklah tentang Teluk Parsi
  • Penemuan Ibnu Majid telah menjadi panduan kepada para pelayar
  • Mencipta beberapa alat yang membantu pelayaran, contohnya kompas
  • Ibnu majid juga menjelaskan tentang tanda-tanda sesebuah kapal akan menghampiri darat

3) PENGEMBARAAN


  • Ibnu Majid telah mahir di kawasan Laut Merah dan Laut Hindi semasa berumur 17 tahun lagi
  • Berjaya mencipta kompas dan peta
  • Menjelajahi Laut Merah ke Selatan lalu ke Laut Tengah
  • Melakukan pelayaran bersama Vasco Da Gama ke India dan Benua Afrika

4) GEOGRAFI


  • Ibnu Majid menjelaskan kawasan laut secara terperinci seperti Laut Arab, Laut Hindi dan Selat Melaka
  • Beliau mengkaji bentuk muka bumi di kawasan tertentu
  • Beliau mengemukakan teori bahawa haba dan sinar matahari mempengaruhi pasang dan surut air
  • Mengemukakan konsep cuaca





No comments:

Post a Comment

PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH

SEJARAH ISLAM TINGKATAN 6 STPM SEMESTER 2 PELAKSANAAN TANZIMAT PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH PENDAHULUAN Berasal daripada per...