SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ YANG DIANGGAP SEBAGAI KHALIFAH ARRASYIDIN KELIMA
1) MENJADIKAN ALQURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI ASAS
- menasihati gabenor supaya menjalankan tugas dengan manah dan berdasarkan al-Quran dan hadis
- mementingkan prinsip al-adalah iaitu keadilan
- memecat pegawai yang menindas rakyat dan menjalankan tugasan yang bertentangan dengan syarak
2) MENGHIDUPKAN SEMULA MAJLIS SYURA
- membuka peluang kepada rakyat untuk berbincang, mengeluarkan pendapat dan memilih pemimpin
- dilakukan secara mesyuarat bagi setiap usul yang dikemukakan
- sebelum ini: berlaku pemusatan kuasa
- pentadbiran Umar Abdul Aziz: Majlis Syura
3) MEMULIHKAN INSTITUSI BAITULMAL
- baitulmal menyimpan harta kerajaan
- setiap harta dan kekayaan adalah milik Allah dan amanah Allah kepada hambaNya untuk menguruskannya
- Umar Abdul Aziz menyerahkan harta dan barang kemas isterinya untuk dijadikan sumber baitulmal
- pengurusan baitulmal dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
- kutipan cukai (jizyah,kharaj)
4) MENINGKATKAN KEBAJIKAN SOSIAL
- menyediakan prasarana awam
- jalan raya yang menghubungkan Khurasan dan Mekah dibina
- rumah kebajikan dan hospital turut dibina
- rumah ibadat dibina
5) MENITIKBERATKAN DAKWAH ISLAMIYYAH
- menghantar guru agama untuk mengajar di wilayah islam
- agama dititiberatkan untuk menghapus kezaliman
- pemerintahan yang adil telah menarik ramai rakyat untuk memeluk agama islam
- utusan dakwah turut dihantar ke negara bukan islam untuk mengembangkan agama islam
No comments:
Post a Comment